Tanda Tanda Ex Ingin Kembali
Thursday, 24 January 2013, ϟ

Assalammualaikum , hai pembaca pembaca semua , today saya nak update tentang " TANDA TANDA EX INGIN KEMBALI " . Korang tak perlu malu untuk mengaku . Sebab dia juga pasti punya perasaan yang sama , cuma dia terlalu ego untuk meluahkannya . Tapi , walau bagaimana si dia cuba menyembunyi pun ,  akhirnya korang akan perasaan juga .  Nak tahu tanda tandanya ? Jom baca senarai di bawah ini :D

  1.  Tiba tiba saja dia menyatakan parentnya rindukan awak .  Eh ! kalau dah putus , kenapa tak terus terang hal sebenar kepada parentnya ? Hah , nampak sangat sebenarnya dia yang rindukan awak tu! auwmm , sweetnya . :D
  2. Kebelakangan ini , awak selalu sangat terserempak dengan dia secara tak sengaja di mana mana . Kadang kandang masa nak pergi rehat di kantin sekolah , kadang kadang waktu pergi atau pulang dari sekolah atau kadang kadang masa Hangout dengan kengkawan lain . Persoalannya , adakah betul betul tak " Sengaja " atau " Disengajakan " ? Jangan jangan , si dia memang dah rancang untuk sengaja serempak dengan awak kot . . . . 
  3. Ada satu hari tu , dia telefon awak semata mata untuk meminta pendapat tentang sesuatu perkara , contohnya , tugasan sekolah . Bukankah itu sangat pelik ? Kalau dah putus pun dia , masih meminta pendapat awak untuk membuat keputusan , itu maknanya dia masih menganggap awak peting dalam hidupnya . 
  4. Si dia tak berkata terus kepada awak ,  tetapi beberapa kengkawannya mengatakan bahawa dia seringkali bertanyakan khabar awak . Erkk ? 
  5. Sesekali awak cuba " mengganggunya " di waktu waktu yang tak kena seperti tengah malam , tetapi si dia begitu teruja dan tidak sedikit pun menunjukkan bahawa dia rasa terganggu . 
  6. Kalau awak berbual dengannya , kadang kadang dia terlepas cakap dan memanggil nama awak dengan nama manja sewaktu couple dulu seperti " Sayang " , " Baby " , " Biy " , dan sebagainya . Wekk !! 
  7. Masih ingat hal hal yang awak suka dan sengaja mengulangnya kembali walaupun mulut mengatakan bahawa hubungan sudah berakhir dan awak dengannya hanya kawan biasa . Itu nama reverse psychology tu . hehe 
  8. Masih menceritakan perkembangan dan aktivitinya selepas putus kepada awak walaupun tidak ditanya . Lagi lagi kalau saat acara besar seperti anugerah kecemerlangan pelajar atau bila dia menyertai pertandingan olaraga dan kejohanan bola sepak . 
  9. Sentiasa bertanyakan soalan yang sama , " Kita masih kawan kan ? " sebab takut awak melupakannya bila dah ada kekasih baru . 
  10. Si dia masih memerhatikan awak di dalam facebook . Setiap status dia akan like dan setiap gambar baru awak dia akan komen seperti " Wah , cantik rambut baru ."
  11. Mengetepikan sebarang sensitiviti masa dan perasaan , si dia  akan menghujani awak dengan SMS atau BBM minta maaf atas kesalahannya dahulu . Kadang kadang awak dah maafkan pun dia masih hantar lagi . Tak serik serik . 
  12. Kalau dah mula berbual , awak yang terpaksa cari idea macam mana nak tamatkan perbualan . Dia pula akan terus terusan bercerita tanpa henti sebab tak nak awak pergi .  Mengada gada !
  13. Awak tahu si dia seorang yang mata keranjang dan itu menjadi punca perpisahan awak dulu . Tapi sampai sekarang dia tidak juga punya pengganti lagi . hmmmmm .  nampak di situ dia  bahawa dia menunggu awak untuk kembali semula ke pangkuangnya seperti dulu.  Ahaks  !

new past