Masker SemulaJadi
Friday, 1 February 2013, ϟ

Assalammualaikum , hai pembaca semua sudah berapa hari , minggu , bulan dan tahun saya tak updated blogger ini kan . Awak semua dah tahu kan apa yang saya nak update kan hari ini . " Masker Semulajadi " tak perlu membazir beli kat luar tuh . Kita boleh buat masker semulajadi dengan tangan kita sendiri tau .  Wanita mana yang tidak mahu kulit halus , gebu dan putih berseri ? Berapa pun usianya , awak akan cuba mempertahankan kecantikan kulit yang dimiliki. Tidak dinafikan , kita semua ada keinginan yang sama . now saya akan bagi petua yang saya guna untuk kecantikan kulit .:D

Masker Putih Telur 

Khasiat putih telur dipercayai dapat membantu menyerap lebihan minyak pada wajah.Masker ini  sangat sesuai untuk awak yang memiliki kulit berminyak.Selain itu ,masker ini juga mampu mencerahkan dan menegangkan kulit wajah .

 Cara penyediaan :-
  • Asingkan putih telur dari kuning telur 
  • kocak sehingga berbuih
  • Pastikan buihnya pekat dan padat 
  • sapukan masker ini pada wajah . Biarkan seketika sehingga masker kering dan kulit menegang . 
" USAH BERCAKAP ATAU KETAWA SEWAKTU MEMAKAI MASKER INI "

Masker Tomato

 Khasiat masker tomato diyakini berkesan untuk menghalus, mengebu dan mencerahkan wajah.Amalkan sekali seminggu untuk kesan yang memberangsangkan.

Cara penyediaan :-

  •   Belah tomato menjadi dua . Sebiji sudah memadai .
  • Parut sehingga hancur 
  • Ambil dua sudu susu tepung dan gaulkan dengan parutan tomato tadi .
  • Setelah itu , Sapukan pada muka dengan rata 
  • Biarkan selama 15-20 minit . Cuci seperti biasa .
 "SAPUKAN MASKER TOMATO MENGGUNAKAN BERUS UNTUK KESAN SAPUAN YANG LEBIH RATA"
Masker Timun
Timun mempunyai khasiat untuk menyejuk dan menyamankan. Kandungan air yang ada di dalamnya membuatkan timun sering menjadi pilihan wanita khususnya untuk menyegarkan kulit wajah yang sudah terlalu letih akibat bekerja seharian .
  
Cara Penyediaan :-
  • kupas timun ,belah menjadi dua bahagian dan cincang kecil kecil.
  • campur timun dengan satu cawan oat di dalam sebuah mangkuk . Oat berfungsi untuk membantu mengelupaskan lapisan kulit mati sedang timun pula berkhasiat untuk melembutkan dan memberikan vitamin serta mineral untuk kulit wajah .
  • Tambahkan satu sudu yogurt ke dalam campuran timun dan oat tadi . Yogurt pula bagus untu membantu menyerapkan lebihan minyak dari kulit wajah .
  • Sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan selama 30 minit .
  • Selepas itu , bilas masker tersebut dan keringkan wajah dengan tuala bersih . Tidak perlu mencuci dangan pencuci wajah selepas itu 
 " JIKA ADA LEBIHAN , SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK KERAN IA MAMPU BERTAHAN SELAMA SATU MINGGU "  


# Thank you kerana membaca dan mengikut langkah langkah nya . harap ia berkesan pada kulit wajah anda . :D
  

new past